Monday, June 18, 2012

Resepi Popia


Bahan-Bahan: 
Kulit popia
  1. garam, gula secukup rasa
  2. ajino klu nak
  3. limau nipis
  4. bawang merah
  5. bawang putih
  6. lada hitam
  7. lobak 5-6 batang
  8. daging cincang 1/2 kilo (nak daging ayam pun boleh)
  9. sohun
  10. kicap sos ikan bilis/ sotong
  11. sayur campur (klu nak)
  12. sengkuang (boleh letak)
  13. salad
  14. daun pudina
  15. tomato 

daging cincang 1/2 kilo

lobak

parut lobak 

ni lebih kurang jumlah bawang, simpan 3-4 ulas bawang putih untuk buat air kicap/sos

tumbuk sedikit lada hitam dan bawand tadi

bawang putih untuk buat kicap /sos popia

nila lebih kurang jumlah sohun

tumis bawang yang dah ditubuk dan lada hitam, lepas tu masukkan daging

bila daging cam dah masak masukan sohun

masukkan lobak, (sengkuang dan sayur campur jika ada), gram, gula secukup rasa, xyah masin sangat nak cicah sos, klu nak makam cam tu je, buat la masin sket

ni kicapnya, x semestinya brand ni..
tumbuk bawang putih td, masukkan beberapa sudu kicap dan beberapa sudu gula


tambah air panas

letak kacang kisar, jangan halus sangat

perah asam limau kat kicap tadi, rasanya masam, manis dan masin, pandai2la adjust

ni inti popia dah siap

ni kulit popia 50 keping

bungkus

camnila lebih kurang

goreng hingga kekuningan

boleh dihidang dan dimakan dengan sayur2 td, bgkus dengan salad dan timun/tomato cecah kicap tadi, cam orang korea  mkn tu,.gitula lebih kurang

Selamat mencuba :)

Sunday, June 17, 2012

Bubur ayam simple (^_^)

Orang tak pandai masak macam saya ni pun insyaAllah boleh buat.

Bahan-bahan:

Ayam 1/2 ekor
Bawang merah
Bawang putih
cili padi
limau nipis
air
lada hitam
beras 2 pot /cupak
garam
gula
ajino kalau nak

Ni la lebih kurang jumlah bawang

Pastu tumbuk la bawang ni lumat-lumat

didihkan air atas api, agak-agak la jumlah cam nak masak bubur nasi, klu kurang buleh tambah lagi, no problem
Selepas air mendidih, letakkanlah ayam sehingga masak

bawang tadi  tu tumis la sampai naik bau dan macam ni

Bila ayam dah masak, keluarkan, masukkan beras 2 cupak tadi yang dah dibasuh
Ayam tu kena carik-carikkan 

lepas dah carik-carik ayam, masukkanlah dalam periuk balik, kalau rasa air tak cukup, tambahlah la lagi

Jangan lupa masukkan bawang yang ditumis tadi, garam, gula, perisa secukup rasa
potong halus-halus ,kemudian tumbuk je ..sebab rumah ni x makan pedas, jadi sikit jela buat, klu byk guna la blender
inilah rupanya, jangan lupa letak 2 ulas bawang putih sekali dan tumbuk hingga lumat
lepas tu, perah asam limau secukupnya, air masak sket, garam dan gula secukup rasa


Bila nak hidang untuk makan, boleh letak lada hitam, taucu, lobak masin, daun sup dan perah asam limau dan sambal tadi. Tapi biasanya tak ada taucu dan lobak masin dan daun sup pun dah ok dah. Ok, selamat mencuba :)..
Tapi rumah ni xmakan pedas sangat, maka lada hitam pun tak adalah. Masakan ni kuantiti cukup untuk 10 orang makan.

Monday, May 21, 2012

I Love Quran


Daily we open our inbox in FB, Mobile, etc., read the messages on its. But how many time do we open, read, and learn the Quran?


Bishr bin as-Sirri said: "Verily, each verse is like a date: the more you chew it, the more of its sweetness is released."



Abu Sulayman heard this & commented: "True. It is the case with one of you that if he begins one chapter of it, he wants to read it to the end."



['al-Hadith fi 'Ulum al-Qur'an'; p.70]


Quote from ILoveAllaah.com via FB


Tuesday, May 15, 2012

I Love Qu'ran



♥ Be so close to the Qur'an that a day without it leaves you feeling empty & deprived.

♥ Be so close to the Qur'an that you can't imagine the idea of dying without having memorised & practiced it. 
♥ Be so close to the Qur'an that you can't see yourself standing in front of Allah in complete ignorance of His Book, His Verses, His Words.

By: I love Allah.com

Friday, May 11, 2012


When we are stressed, we listen to music instead of listening to the Qur'an. When we feel sad, we cry to our friends instead of crying to Allah. When we feel angry, we scream instead of doing wudhoo. When we feel empty, we go watch a movie instead of reflecting on the words of Allah. When we feel cheated, we plan to take revenge instead of having patience. When we don't like another Muslim, we gos...sip about them instead of loving for the sake of Allah. When we need inspiration, we look into the lives of the wealthy instead of the lives who have been promised paradise. Why do we look for peace and happiness in all the wrong places? Do we not understand that engaging in the wrong behavior will only make matters worse?
by: Productive Muslim


Tuesday, April 24, 2012

Kisah Perlis

Sebenarnya dah seminggu berlalu kisah pergi ke Perlis. Terima kasih banyak-banyak kepada k.Zaini, Moja , Nani dan Sarah banyak bagi maklumat pasal nak pergi Perlis ni. Agak cuak juga nak pergi seorang diri ke utara yang memakan masa 12 jam dari Kuantan. Risau juga mendengar cerita pak cik bas tidak berhenti solat subuh. Pada hari kejadian, subuh-subuh lagi jam 6.30 pagi kena pergi hospital attachment di Temerloh yang memakan masa 2 jam perjalanan. Selalunya maghrib pula akan kembali ke mahallah. Risau takut tidak sempat  kembali sebab bas ke Perlis jam 9 malam. 

Namun, alhamdulillah, ahli farmasi di Temerloh ingin menghabiskan discussion awal sebelum jam 4 petang dan pada hari tersebut selamat sampai ke UIA jam 6 petang lebih awal dari jangkaan. Terima kasih banyak-banyak kepada Sakina Nur Najah yang menumpangkan saya ke rumahnya untuk solat jamak, memberi makan malam, memberi ubat sakit perut  dan seterusnya menghantar saya ke terminal jam 8.30 malam. Terima kasih dan minta maaf banyak-banyak buat groupmate DDS  yang membuat PFT tanpa saya pada keesokannya..

Pada mulanya , saya ingatkan saya berseorangan dalam perjalanan, tiba-tiba bertemu dua orang budak 2nd year medic baru habis exam dan ingin pulang ke alor star menaiki bas sama dengan saya. Rupa-rupanya classmate adik saya faezah dan seat mereka sedang molek pulak sebelah-menyebelah dengan saya. Alhamdulillah, alhamdulillah. Lagi satu yang saya sangat bersyukur, pak cik bas ni memakai kopiah putih dan agakan saya pak cik mestilah berhenti solat subuh. Alhamdulillah ,pakcik berhenti awal untuk solat subuh dan berhenti rehat. Namun, selesai solat subuh saya menyedari al-Quran yang menjadi teman setia 7tahun lepas sudah hilang..Salah sendiri kerana cuai T_T.

Alhamdulillah sampai di Perlis lebih kurang jam 8.40 pagi dan urusetia hafazan Kelantan Cik Din, Cik Hisyam dan Cikni datang menjemput saya di terminal Kangar. Sampai-sampai sahaja terus makan sarapan pagi di Putra Palace Hotel Kangar. Tak sempat mandi dan rehat kena pergi taklimat dan pengundian giliran. Huhu, penat..Sebenarnya UIA dah buat surat untuk saya membaca pada tarikh 15 April (Ahad) pagi sebab ahad petang tu nak balik Kuantan dah. Kiranya 3 hari sahaja sempat dok kat Perlis..Apa yang menggembirakan saya ialah saya dapat mendengar4 orang bacaan peserta Kelantan sebelum saya kembali ke Kuantan. Salah seorang peserta bertuah Radhiah Abdul Rahman kena membaca di malam perasmian 13 April , ramai VVIP yang hadir, Dato Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Perlis dan lain-lain. Radhiah demam dan batuk pada malam tersebut. Ada hikmahnya apabila dia menjadi peserta terawal membaca kerana keesokannya demam dan batuknya semakin teruk pula. 

 kertas giliran Radhiah 

Adik Sharil dan Farhana (1-10 juzu') menjadi peserta yang pertama dan kedua pada malam 14 April (hari kedua), dan adik Muqri (1-30juzu') menjadi peserta ke 5 dan saya peserta ke 6 pada 15 April pagi (hari ketiga). Cuma adik Nu'man Zaki seorang sahaja yang menjadi peserta terakhir bagi peserta Kelantan yang diuji oleh para hakim iaitu pada 16 April malam (hari keempat). Saya tidak sempat melihat adik Nu'man diuji. Dikhabarkan melalui sms adik Nu'man berjaya menjawab kesemua soalan tanpa sebarang kesalahan. Sangat bangga dengan Nu'man..Alhamdulillah dia mendapat johan, Adik Radhiah mendapat tempat kedua. Kedua-duanya kategori 1-20 juzu'.

Saya ingatkan saya terpaksa membeli al-Quran baru di Kangar namun nasib baik ustaz memberi al-Qurannya untuk saya gunakan. Terima kasih ustaz..Jazakallahukhairan jaza'. Sebelum ke Kangar, saya hanya mengulangkaji tafsir juzu' 7 sahaja, rupa-rupanya pada tahun ini 2 juzu' tafsir yang masuk ujian iaitu juzu' 7 dan 8, bermakna saya perlu mengulangkaji lagi satu juzu' dalam masa yang singkat, menyiapkan assignment berkumpulan admin dan menghabiskan pusingan 30 juzu' dalam minggu tersebut yang masih berbaki beberapa juzu'. Hari yang sangat memenatkan. Walaupun mengantuk, tetapi saya tidak dapat melelapkan mata dan menghabiskan waktu pada hari itu dengan membaca tafsir yang berbaki.

Nasihat adik Radhiah Ab. Rahman kepada saya ialah memperbetulkan niat bahawa majlis ini bukanlah pertandingan tetapi adalah ujian. Mengambil wudhu' sebelum ke medan ujian, banyak membaca bismillah, selawat dan membaca la takhof wala tahzan innallahama'na jika takut. Siap diberi tazkirah lagi pasal kahwin daripada adik yang berusia 17 tahun..hehe..Dia juga memberi saya menggunakan al-Qurannya, al-Qurannya penuh dengan tulisan pensel, ayat-ayat mutasyabihat yang sudah ditanda. Memang sangat kagum dengan kemasyiannya.. Tebuk di mana-mana pun boleh jawab, saya terkial-kial hendak menjawab soalan yang ditebuknya..huhu.  Sudah lama tidak mendengar tazkirah mengenai al-Quran, adik Radhiah dan Farhana sudi berkongsi pengalaman mereka belajar di pondok Darul Nisa' di Rantau Panjang dan suka-duka pengalaman mereka sehingga mencapai ke tahap ini. 

Semasa saya mengulang saya membaca dengan sambil lewa sahaja kerana ingin cepat menghabiskan ulangan dan ditegur oleh adik Radhiah " kak baca tak bukak mulut"..maksud Radhiah saya tidak menyempurnakan hak-hak sebutan huruf al-Quran.  Apabila salah baca, adik Radhiah akan berkata "kak , dengung tak cukup tu", "kak bukan macam tu sebut Allah"..Dia ajar saya bagaimana huruf-huruf tersebut keluar ..Oh susahnya dik..Dia berkata dia bertahun-tahun belajar dengan guru masih lagi ada kesalahan apatah lagi saya yang tidak berguru sudah pasti berganda-ganda lagi kekurangan dalam bacaan saya.Terima kasih banyak dik, akak berbangga dengan kamu.
Kenangan terakhir 
Peserta lelaki sangat sengit saingannya. Kesemuanya masyi, yang membezakan adalah mutu bacaan, gaya suara , tarannum dan persembahan. Respek sangat kat adik-adik semua. Saya pulang awal ke UIA untuk mengikuti workshop admin. Sedih juga tidak dapat mengikuti malam penutup bersama-sama peserta lain , namun sudah bersyukur kerana dapat mengikuti majlis walaupun hanya 3 hari. Lebih kurang pukul 10 malam  pada 17 April (hari kelima), mendapat keputusan melalui sms daripada Ustaz Khairul, Urusetia Din, Adik Farhana, K.zaini yang memberitakan saya mendapat tempat ke 3 tanpa disangka-sangka . Alhamdulillah. Ustaz Abdul Baari juga mengkhabarkan keputusan kepada saya melalui dinding FB.Terima kasih semua :). Berikut adalah keputusan penuh Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 33 :

Sumber: link


Sumber FB

KATEGORI 1 - 10 JUZUK (LELAKI)
A.        (I)         TEMPAT KETIGA:
                        NAMA             :           AMZANIL SHAH BIN ARNIZAM SHAH
                        NEGERI          :           PAHANG
                        MARKAH        :           97.37 %
 **peserta Kelantan mendapat markah yang sama, diberi tempat ke4..Tahniah adik Sharil .
            (II)        TEMPAT KEDUA:
                        NAMA             :           AMINUL GHAZALI BIN JAWAWI     
                        NEGERI          :           SELANGOR
                        MARKAH        :           98.05 %          

            (III)       TEMPAT PERTAMA:
                        NAMA             :           MUHAMMAD HAFIZ BIN SOBRI    
                        NEGERI          :           PERAK
                        MARKAH        :           98.20 %

B.        KATEGORI 1 - 10 JUZUK (PEREMPUAN)
            (I)         TEMPAT KETIGA:
                        NAMA             :           MARYAM BINTI AHMAD LUTFI                  
                        NEGERI          :           NEGERI SEMBILAN             
                        MARKAH        :           96.91 %          

            (II)        TEMPAT KEDUA:
                        NAMA               :           SUMAIYAH NAJIHAH BINTI MOHD ZAINI
                        NEGERI          :           SELANGOR
                        MARKAH        :           97.79 %
             
            (III)       TEMPAT PERTAMA:
                        NAMA             :           NURUL AIN NABILAH BINTI NORSHAM
                        NEGERI          :           MELAKA
                        MARKAH        :           98.01 %

C.        KATEGORI 1 - 20 JUZUK (LELAKI)
   (I)         TEMPAT KETIGA:
                        NAMA             :           MUHAMMAD ZUL AKMAL BIN ABD LATIF
                        NEGERI          :           SELANGOR  
                        MARKAH        :           96.70 %          

            (II)        TEMPAT KEDUA:
                        NAMA             :           MOHAMAD OMAR BIN MANSU     
                        NEGERI          :           PULAU PINANG
                        MARKAH        :           97.01 %          

            (III)       TEMPAT PERTAMA:
                        NAMA             :           NU'MAN ZAKI BIN MOHD ZAKI      
                        NEGERI          :           KELANTAN
                        MARKAH        :           97.98 %

D.        KATEGORI 1 - 20 JUZUK (PEREMPUAN)
            (I)         TEMPAT KETIGA:
                        NAMA             :           UMAIMAH BINTI TAJUL ARIFIN     
                        NEGERI          :           TERENGGANU
                        MARKAH        :           95.31 %          

            (II)        TEMPAT KEDUA:
                        NAMA             :           RADHIAH BINTI AB. RAHMAN
                        NEGERI          :           KELANTAN
                        MARKAH        :           95.88 %          
           
            (III)       TEMPAT PERTAMA:
                        NAMA             :           KHAIRUNNISA BINTI ZAINI
                        NEGERI          :           JOHOR          
                        MARKAH        :           96.88 %

E.         KATEGORI 1 - 30 JUZUK (LELAKI)
            (I)         TEMPAT KETIGA:
                        NAMA             :           KHAIRUL ANUAR BIN MOHD DAHNAN
                        NEGERI          :           PERAK
                        MARKAH        :           94.85 %          

            (II)        TEMPAT KEDUA:
                        NAMA             :           MUHAMMAD KHAIRUL RAZIKIN BIN ABDUL RAZAK     
                        NEGERI          :           SABAH
                        MARKAH        :           95.75 %          

(iii)          TEMPAT PERTAMA:
                        NAMA             :           MUHAMAD IZZUL BIN ZAHIDI        
                        NEGERI          :           MELAKA
                        MARKAH        :           97.18 %          

F.         KATEGORI 1 - 30 JUZUK (PEREMPUAN)
            (I)         TEMPAT KETIGA:
                        NAMA             :           HASANAH BINTI MUHAMAD
                        NEGERI          :           KELANTAN
                        MARKAH        :           90.00 %                      

(II)          TEMPAT KEDUA:
                        NAMA             :           IZZAH NAFISAH BINTI ISMAIL       
                        NEGERI          :           SELANGOR
                        MARKAH        :           91.00 %          

            (III)       TEMPAT PERTAMA:
                        NAMA             :           JUEZIATUL HUSNA BINTI ARIFFIN
                        NEGERI          :           TERENGGANU
                        MARKAH        :           95.48 %

Semoga Al-Quran terus mekar dalam hati kita semua ..amiin


Sunday, April 8, 2012

Terima Kasih dan Minta Maaf

Alhamdulillah, mendapat peluang sekali lagi untuk mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan (13-17 April) untuk kali yang  ketiga bagi kategori ke 3 hafizah (1-30 juzu') walaupun bertanding atas tiket naib johan kerana tiada pemenang bagi kategori ini.

Terima kasih banyak-banyak kepada Madam H kerana memberi saya duit tambang dan poket untuk ke Perlis. Sangat terharu..

Kepada kawan-kawan RX7 terutama yang satu kumpulan dengan, saya meminta maaf banyak-banyak jika ada kekurangan dalam tugasan. Apa-apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua groupmate saya yang banyak memudahkan urusan saya. Barakallahufikum. Doakan saya selamat sampai ke Perlis dan doakan saya mendapat manfaat daripada majlis ini.

Thursday, March 22, 2012

Ada Apa Dengan Musabaqah Hafazan ?

 Musabaqah hafazan memberi erti yang sangat besar dalam hidup saya. Pengalaman yang saya tidak akan lupakan sepanjang hayat ini. Melalui musabaqah ini, saya dapat memperbaiki bacaan al-Quran saya dan memberi saya motivasi yang sangat besar setiap tahun untuk murajaah al-Quran. Walaupun bagi orang lain umpama berlari untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi, saya boleh diibaratkan merangkak-rangkak untuk mencapai ke tahap seterusnya. Walaupun begitu, saya berharap saya tidak berhenti berusaha.Beratnya bebanan al-Quran. Untuk mengamalkan isi kandungannya lagilah berat T_T. 

Musabaqah pertama yang saya sertai adalah 9 tahun yang lalu (2003) ketika berusia 16 tahun untuk kategori yang paling rendah 1-5 juzu'. Pada ketika itu bacaan tersangatlah teruk, satu juzu' boleh baca 15 minit, betapa laju dan teruknya bacaan. Hanya pada tahun 2007 dan 2010 saya tidak menyertai apa-apa musabaqah. Melalui kursus-kursus tahsin al-Quran yang diadakanlah saya menyedari bahawa terlalu banyak kesalahan dalam bacaan al-Quran saya.

Selain itu, dapat berkenalan dengan hafiz-hafizah yang lain. Kebanyakan mereka lebih muda daripada saya tetapi ingatan mereka terhadap al-Quran lebih matang dan mantap berbanding usia muda mereka. Sangat cemburu dengan mereka. Adik-adik ini juga merupakan inspirasi dan motivasi untuk saya lebih berusaha. Saya masih ingat pada tahun 2005, menebuk sahabat saya zunaizah johari ( menjadi johan kebangsaan pada tahun tersebut), di mana-mana pun bahagian al-Quran pasti akan dapat dijawab. Ketika itu saya hanya peserta untuk 5 juzu', dan saya terfikir adakah saya dapat menguasai al-Quran dengan baik sepertimana sahabat saya,.Kadang-kadang saya merasakan itu mustahil ..Namun di mana ada usaha, pasti akan ada jalannya.  Kita berusaha, Allah yang mengizinkan al-Quran itu hadir ke jiwa dan ingatan kita..Semoga Allah merahmati sahabat saya Zunaizah Johari yang sudah lama tidak berjumpa..

Alhamdulillah, kali ini cuti mid sem lebih awal dua hari daripada orang lain..Sangat berterima kasih kepada groupmate PT yang sangat supportive yang membolehkan saya menghadiri musabaqah yang mungkin kali terakhir kerana sudah mencapai had umur dan ini kali ketiga saya mencuba kategori 1-30juzu'. Kepada groupmate PT, jazakumallahukhairanjaza'. Pagi semalam saya selesai duji oleh hakim fateh. Hakim fateh juga orang yang sama sejak 9 tahun dahulu iaitu Ustaz Abdul Bari Abdullah dan Ustaz Badrul Hisham Sulaiman . Pasti juga saya akan merindui saat-saat diuji oleh hakim fateh.
Mak saya berkata kepada saya , "Kali ini mak tidak mendoakan kemenangan  tetapi berdoa supaya anak mak mendapat keberkatan daripada bacaan al-Quran". Terima kasih mak..

InsyaAllah, penutup majlis hafazan Negeri Kelantan akan diadakan pada 25 Mac ini di balai islam , Lundang Kelantan. Jom hadir beramai-ramai memeriahkan majlis:)