Bahan-bahan:
Ayam 1/2 ekor
Bawang merah
Bawang putih
cili padi
limau nipis
air
lada hitam
beras 2 pot /cupak
garam
gula
ajino kalau nak
| Ni la lebih kurang jumlah bawang |
| Pastu tumbuk la bawang ni lumat-lumat |
| didihkan air atas api, agak-agak la jumlah cam nak masak bubur nasi, klu kurang buleh tambah lagi, no problem |
| Selepas air mendidih, letakkanlah ayam sehingga masak |
| bawang tadi tu tumis la sampai naik bau dan macam ni |
| Bila ayam dah masak, keluarkan, masukkan beras 2 cupak tadi yang dah dibasuh |
| Ayam tu kena carik-carikkan |
| lepas dah carik-carik ayam, masukkanlah dalam periuk balik, kalau rasa air tak cukup, tambahlah la lagi |
| Jangan lupa masukkan bawang yang ditumis tadi, garam, gula, perisa secukup rasa |
| potong halus-halus ,kemudian tumbuk je ..sebab rumah ni x makan pedas, jadi sikit jela buat, klu byk guna la blender |
| inilah rupanya, jangan lupa letak 2 ulas bawang putih sekali dan tumbuk hingga lumat |
| lepas tu, perah asam limau secukupnya, air masak sket, garam dan gula secukup rasa |
Tapi rumah ni xmakan pedas sangat, maka lada hitam pun tak adalah. Masakan ni kuantiti cukup untuk 10 orang makan.
No comments:
Post a Comment