Monday, October 28, 2013

Terapung-apung

Alhamdulillah dengan izinNnya dapat menamatkan zaman PRP selama setahun. Setelah sebulan terapung-apung, sepatutnya perlu melaporkan diri pada 21 hb Oktober baru-baru ini, namun apabila tiba di JKNK , pihak JKNK memberitahu bahawa mereka belum menerima surat daripada KKM. KKM pula mengatakan bahawa mereka telah menghantar surat sy dan rakan prp yang dapat Kelantan ke JKNK . Rakan-rakan yang lain luar daripada negeri Kelantan telah selamat melaporkan diri sebagai FRP. Mereka mendapat KK Pontian, Hospital Putrajaya dan KK Sungai Buluh.

Akhirnya saya dan rakan prp meminta pihak KKM menfakskan sendiri kepada kami surat tersebut dan menyerahkan sendiri kepada JKNK dan dimaklumkan kepada bahagian perkhidmatan farmasi. Sehingga kini masih belum mendapat keputusan di manakah saya akan menjalani perkhidmatan seterusnya. Semoga ada hikmah yang baik di sebalik kelewatan penempatan ini. 
 

Thursday, June 20, 2013

Post-viva

Alhamdulillah dah keluar result viva TPN, bersyukur kerana lulus, dan sangat bersyukur kerana unexpected dapat 1st place walaupun markah b, di luar jangkaan :). Sangat berterima kasih kepada bos-bos yang banyak beri hint dan mengajar saya. Sebenarnya saya tak sempat belajar sangat, oleh kerana saya yang paling latest berada si stesen TPN, ramai kawan-kawan prp yang datang tanya saya soalan pasal TPN, mereka inilah yang sebenarnya banyak membantu saya. Kadang-kadang soalan yang mereka tanya saya bukan tahu sangat jawapannya, tetapi soalan-soalan yang ditanya itulah keluar viva :).

Result sample TPN pun dah keluar, bos datang dan tunjukkan kat saya, tercari-cari nama baby2 yang saya buat beg TPN mereka, alhamdulillah no growth.Harap mereka sihat-sihat sahaja hendaknya. :)

sekarang sudah masuk 1st week CDR, rasa susahnya CDR sebab banyak regime dan ubat..very complicated..How can I remember? huhu, 


Friday, June 14, 2013

Minggu Terakhir di TPN

TPN ni boleh dikatakan stesen kedua yang scary-mary selepas wad. Banyak ilmu klinikal yang perlu diaplikasikan disini. Sepanjang 4 minggu di TPN, lebih kurang 300 lebih jumlah paedriatic TPN beg yang telah  dicompound, sangat penat juga sebenarnya, kat sini tak sempat nak pergi makan, kadang-kadang balik rumah baru dapat jumpa nasi. Yang adult ada juga, tp boleh pilih ready made bag je, no problem sangat.

Waktu saya masuk TPN tu waktu cuti sekolah,jadi ramai yang bersalin dan ramai premature baby. Jadi ramai baby yang memerlukan nutritional support ni.. Jadi oleh kerana PRP TPN hanya 2 orang, maka 2 minggu berturut saya perlu oncall termasuk public holiday. Saya hanya masuk 2 kali bilik bersih TPN pada minggu ke 2 dan ke 3. Pertama kali masuk dengan PPF k.na yang sangat-sangat cekap,  alhamdulillah diberi peluang untuk compound 4 bag paed, dan k.na buat lagi 12 dan siap dahulu daripada saya. Wah, sangat cekap, kagum! Kali kedua masuk dengan bos yang sebaya je dengan saya tetapi tersangat teror kot. Dia ni kira perfectionist dan sangat teliti juga. Sebenarnya agak garang juga nasib baik tak kena marah sangat walaupun ada tumpah-tumpahkan juga. Bos nasihat supaya lap terus jika ada cecair/solution apa-apa tumpah takut bacteria membiak, jadi swab terus setiap each procedure. Kali ni saya hanya buat 3 bag tetapi diberi volume 3 terbesar , agak susah utk step terakhir.  Tapi step terakhir bos yang setelkan dan saya buat satu je. Cuak lagi rasa masuk dengan bos.Oleh kerana saya masuk hari selasa,jadi sample  TPN dalam setiap bag dicompound akan dihantar ke lab untuk cek aseptic ke tak technique. Bos cakap dia bagi markah based on aseptic technique juga. Berdebar juga tunggu result, berharap no growth. Setakat ni orang lab cakap belum ada growth lagi.huhu

Sepatutnya orang yang dah lepas viva TPN dan CDR akan viva sekaligus dan oleh kerana saya belum masuk CDR lagi, saya ingatkan tak perlu viva lagi. Sekali pada minggu ke 3, bos besar madam H cakap kat saya "Hasanah, you viva sekali minggu depan, siapkan logbook dan hantar".Terkejut saya, cakapla kat bos besar yang saya belum masuk CDR lagi , bos besar cakap "takpe, i nak buat viva TPN je dulu,written viva bagitahu yang lain-lain". Madam M ni clinical pharmacist yang sangat terer, TDM, CDR, TPN semua dia tahu, dahla dia jaga wad NICU memang expert habisla. Dapat  belajar banyak dengan mereka semua ni. Walaupun dia marah saya time presentation dan minta saya redo patient progress yang teruk dan berterabur , tapi saya tak rasa marah pun kat dia sebab saya tahu dia nak mengajar saya. Bila saya sampai kerja awal pagi tu, sehari selepas dia marah saya, dia panggil saya dan tunjukkan slide dia buat macam mana nak buat lebih baik, Allah terharunya saya.Lepas tu dia nasihat,dia kata semua tu bukan untuk dia, tapi untuk kami semua PRP. Dia nasihat ilmu klinikal ni penting, dia tak nak bila jadi pegwai nanti menyesal banyak tak tahu. Sangat berterima kasih atas nasihat yang diberikan.

Soalan viva sangat tricky walaupun nmpak macam senang, ada yang susah juga. Masa diberi hanya setengah jam, semput nak jawab, hari ahad ni result keluar, berdebar juga. Hari terakhir di TPN tulah hari viva. Jadi saya hilang fokus buat kerja, ada tersilap-silap buat worksheet. Aih apalah Hasanah ni. Ada soalan long essay 10 markah daripada bos yang sebaya dan bijak tu. Susah nak jawab soalan dia dalam masa yang singkat. Dia hantar banyak soalan kat bos besar dan hanya satu sahaja soalan dia yang dipilih . Hehe. Tapi soalan dia dia sangat interesting sebenarnya. Mungkin hilang banyak markah kat soalan dia.

Sangat berterima kasih kat prp yang lain, bos2 yang banyak menolong dan memberi tunjuk ajar, walaupun agak letih dan penat tapi dapat banyak ilmu daripada mereka semua. Gembira hari terakhir bos bagi saya hadiah buku berkenaan TPN, TQVM Bos :)

Sunday, June 2, 2013

Lapan Bulan

Alhamdulillah, sudah 8 bulan bergelar sebagai PRP. Sungguh cepat masa berlalu. Macam-macam perkara dan warna terlakar di alam pekerjaan ni. Tekanan pun semakin berkurang berbanding sewaktu permulaan dahulu. Tanggungjawab semestinya sangat besar melibatkan nyawa manusia.

Sekarang berada dekat stesen TPN, sangat banyak baby yang memerlukan parenteral nutrition. Setakat ini 19 beg TPN yang perlu dicompound adalah yang terbanyak sepanjang 2 minggu berada di stesen TPN. Bos selalu bertanya ,' ada yang mati hari ni?', pekerjaan ni membuatkan kita sering berhadapan dengan berita kematian tidak mengira usia dan seharusnya menghadirkan keinsafan bahawa dunia ini hanya sementara, semoga hati tidak mati dan lali apabila mendengar berita kematian dan mengingatkan diri bahawa kematian itu sangat hampir.

Hanya ingin mengambil aura positif di tempat kerja, pergilah jauh-jauh perasaan negatif..bekerja dengan penuh tanggungjawab dan gembira..masih berbaki 3 stesen lagi iaitu farmasi pesakit luar , prabungkus dan CDR. Alhamdulillah,lega  telah lulus viva bertulis TDM yang tidak dibekalkan langsung dengan formula dan  semua soalan adalah real case yang berlaku di hospital. Debaran seterusnya pula untuk viva wad, IPD, CDR & TPN pula nanti ..

KERJA ITU AMANAH~~~