Alhamdulillah dengan izinNnya dapat menamatkan zaman PRP selama setahun. Setelah sebulan terapung-apung, sepatutnya perlu melaporkan diri pada 21 hb Oktober baru-baru ini, namun apabila tiba di JKNK , pihak JKNK memberitahu bahawa mereka belum menerima surat daripada KKM. KKM pula mengatakan bahawa mereka telah menghantar surat sy dan rakan prp yang dapat Kelantan ke JKNK . Rakan-rakan yang lain luar daripada negeri Kelantan telah selamat melaporkan diri sebagai FRP. Mereka mendapat KK Pontian, Hospital Putrajaya dan KK Sungai Buluh.
Akhirnya saya dan rakan prp meminta pihak KKM menfakskan sendiri kepada kami surat tersebut dan menyerahkan sendiri kepada JKNK dan dimaklumkan kepada bahagian perkhidmatan farmasi. Sehingga kini masih belum mendapat keputusan di manakah saya akan menjalani perkhidmatan seterusnya. Semoga ada hikmah yang baik di sebalik kelewatan penempatan ini.
No comments:
Post a Comment