Alhamdulillah, attachment di stor farmasi selama sebulan berakhir semalam dan hari ini juga sudah genap sebulan bekerja sebagai prp di HRPZ II yang sangat-sangat bz.
Sebenarnya,apabila berada di stor kita perlu tahu jumlah purata ubat digunakan selama sebulan dan juga berapa lagi stok ubat-ubatan yang tinggal. Di sini ada menggunakan computerized system untuk update pergerakan masuk dan keluar ubat. Jadi perlu selalu update setiap hari apabila ada mana-mana bahagian indent ubat or jika ada hospital pinjam ubat or ada ubat sudah sampai. Tetapi sebagai prp, saya hanya perlu update database pembelian ubat setiap hari dan emel kepada 3 orang bos sebelum pukul 5 setiap hari.
Kerja yang saya paling malas nak buat ialah call company ubat untuk follow up ubat yang dah lama diorder tapi belum-belum sampai dan juga ubat-ubat yang sangat urgent iaitu diperlukan segera kerana kehabisan stok, jadi perlulah meminta mereka cepat menghantar ubat-ubat yang diorder. Oleh kerana selalu sangat telefon diorang, ada yang dengar suara saya je, dah tahu saya ni siapa ..hehe.. Sampai diorang cakap, "eh, ubat ni baru order semalam kan? baru keluar LPO semalam, nak minggu ni mana sempat".camtu la antara contoh perbualan saya dengan diorang. Hospital tempat saya kerja ubat-ubatan ni selalunya cepat habis untuk sesetengah ubat dan kadang-kadang terpaksa pinjam hospital or klinik kesihatan terdekat. Kalau pinjam-meminjam ubat di kalangan hospital ni adalah perkara biasa. Tolong-menolong la katakan.
Kalau mana-mana bahagian macam OPD, IPD, Satelit dan sebagainya datang nak ambil DD (dangerous drug), maka prp lah yang perlu uruskan. Pergi ambil kunci almari DD kat bilik bos dan catat pergerakan keluar masuk kunci, jika ubat DD sampai pun, staff akan panggil PRP untuk masukkan DD , susun dalam almari dan dicatatkan dalam bin kad. Lagi satu kena selalu buat check and found supaya jumlah physical yang kat stor sama dengan sistem komputer. Kalau tak sama, peninglah nak kena cek-cek satu-satu, ke mana hilang or lebihnya ubat-ubatan tersebut.
Selain itu, kerja lain yang perlu buat ialah faks la apa-apa benda berkaitan ubat macam sebut harga untuk direquest kepada company-campany ubat, daftar borang pemesanan ubat daripada hospital yang pinjam ubat dan selepas itu saya akan cek stok ubat ada atau tidak untuk diberi pinjam. Di sini ada tiga chordless phone yang perlu prp jaga. Jadi, setiap kali berbunyi, prp kena angkat dan jawabla soalan-soalan yang mana boleh dijawab, dan catatan sangat penting untuk disampaikan kepada bos jika kita tak pasti dan jika bos tak ada untuk dipasskan phone tersebut.
Selepas ini next attachment ialah di wad farmasi selama 2 bulan. Kelantan cuti 3 hari jumaat, sabtu dan ahad sempena bola, tetapi saya perlu banyak membaca sebelum masuk wad. Cuak juga. Rabbi yassir wala tuássir . Pressure of knowledge , rasanya perlu clerk 3 case sehari dan perlu buat 10 bedside counselling kot for 2 months. Tapi saya belum cek lagi requirements wad farmasi. May Allah grant me sabr and strength to be in the most challenging station here.
No comments:
Post a Comment