Bagi seseorang hafiz yang telah rasikh hafazannya, kekuatan mengulang bergantung kepada kekuatan daya ingatan yang dimiliki. Ada setengah-setengah
hafiz yang betul-betul rasikh, mereka hanya mengulang satu juzuk dalam seminggu, bermakna setiap bulan mereka khatam al-Quran sekali. Cara ini hanya dapat dilakukan oleh hafiz yang setidak-tidaknya sudah puluhan tahun dari masa khatamnya. Walau bagaimana pun, secara umumnya kekerapan mengulang bagi mereka yang rasikh adalah dua atau tiga kali khatam dalam masa sebulan. Ini adalah cara mengulang yang sederhana dan tidak membebankan sekiranya mereka betul-betul berdisplin dan beristiqamah. Adalah menjadi tanggungjawab seorang hafiz untuk mengulang bacaan mereka setiap hari. Tanpa pengulangan ayat-ayat al-Quran, hafazan akan lupa secara beransur-ansur sekalipun seseorang itu mempunyai ingatan yang kuat. Dalam mengulang-ulang hafazan yang telah lama diperolehi, Abu Najihat al-hafiz (2001:77-78) telah memberi beberapa peringatan kepada seorang penghafaz al-Quran:
a. Untuk lebih mendisplinkan masa dalam melaksanakan pengulangan,
sebaiknya seorang hafiz mempunyai keyakinan bahawa memelihara dan menjaga hafazan adalah suatu kewajipan istimewa yang ada hubungan secara langsung dengan Allah S.W.T.
b. Adalah menjadi suatu kesalahan bagi seorang hafiz sekiranya ia mempunyai
semangat bermusim dalam mengulangkaji hafazan. Janganlah sekali-kali mengulang satu kali khatam dalam satu hari ketika rajin kemudian dalam
masa yang lama seperti tiga atau empat minggu tidak melakukan pengulangan
kerana dilanda perasaan malas. Kebiasaan sebagaimana di atas dapat menjejaskan hafazan dan boleh jadi lambat laun akan lupa hafazannya kerana
diselimuti perasaan malas yang berterusan.
c. Kebiasaan menunda dan menangguhkan pengulangan hanya akan menambah
perasaan malas pada hari yang berikutnya. Hal ini sebenarnya merupakan pembawaan nafsu malas itu sendiri yang mengajak kepada menangguhnanggukan
tugasan dari satu masa ke masa yang berikutnya. Untuk mengelakkan kemalasan ini, usaha pengulangan hendaklah dijadikan kewajipan khas setiap hari pada satu masa yang telah ditentukan sebagaimana ketentuan waktu di dalam solat lima waktu. Tiga perkara di atas, adalah sangat penting untuk diambil berat oleh golongan hufaz yang ingin berjaya dengan cemerlang dan mendapatkan syafaatnya di hari kiamat kelak.
Kaedah Mengekalkan Hafazan (Muraj'aah/I'adah)
Pengekalan hafazan (Murajcah/Icadah) merupakan peringkat di mana mengekalkan hafazan yang tersimpan dalam ingatan. Bagi seorang hafiz al-Quran,
adalah amat penting dan menjadi kewajipan supaya ia menjaga dan memelihara
hafazannya agar terus kekal dalam ingatannya. Berikut adalah beberapa kaedah
yang boleh dipraktikan mengekalkan hafazan iaitu:
a. Bergaul dengan mereka yang telah menjadi hafiz
Kebiasaannya pada suatu tahap tertentu akan timbul rasa jemu dan malas
untuk mengulangkaji hafazan walaupun pada awalnya semangat tersebut amat berkobar-kobar. Di sinilah fungsinya bergaul dengan orang-orang yang sedang atau sudah menghafaz al-Quran. Ia dapat membantu seseorang itu untuk konsisten dalam mengulang-ulang ayat-ayat al-Quran kerana wujudnyasemangat persaingan untuk berlumba-lumba membacanya. Selain itu, mereka turut berperanan sebagai pemberi motivasi kepada seseorang yang mula malas dan lesu untuk mengulang hafazan.
b. Mendengar bacaan hafiz al-Quran
Mendengar bacaan dari seorang hafiz al-Quran dapat memberi semangat kepada seseorang yang ingin mengekalkan hafazannya. Hal ini boleh dilakukan dengan mendengar kaset-kaset rakaman, radio ataupun compact disk al-Quran. Sekiranya ingin memperolehi manfaat yang lebih banyak, seseorang hafiz itu boleh mendengar dengan teliti bacaan-bacaan yang diperdengarkan dengan memerhatikan hukum-hukum tajwidnya, ghunnah-ghunnahnya serta alunan irama bacaannya.
c. Mengulang hafazan bersama orang lain
Cara ini merupakan cara popular yang digunakan oleh para ulama zaman dahulu untuk mengingati ilmu yang telah mereka pelajari. Begitu juga bagi seorang hafiz yang melakukannya secara konsisten, hafazan al-Quran lebihmudah dikekalkan. Malah pada masa yang sama, ketika berlaku ketidaklancaran pada bacaan salah seorang di antara mereka, rakannya dapat membetulkan bacaan tersebut.
d. Selalu membaca ayat yang dihafaz di dalam solat
Seringkali membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat sudah tentu
akan memudah dan melancarkan lagi hafazan seseorang. Ini kerana suasana
solat itu sendiri memerlukan konsentrasi dan keseriusan dalam melaksanakan
ibadat tersebut. Maka seorang hafiz perlulah membuat pengulangan bacaan
yang intensif dan melapangkan waktu yang agak panjang. Walaupun demikian, ini bukanlah bermakna tidak terdapat langsung kesalahan seperti kesilapan bacaan ataupun terlupa ayat yang hendak dibaca semasa membaca di dalam solat. Namun apabila perbuatan ini menjadi rutin, lama-kelamaan akan terhasil juga satu sistem hafazan ayat-ayat suci al-Quran yang amat lancar.
e. Menyertai Musabaqah ‘Hifz al-Quran’
Dengan mengikuti pertandingan seumpama ini menyebabkan seseorang itu
mendapat motivasi untuk mengulang hafazannya secara berulangkali. Ini
kerana pertandingan tersebut dianggap satu suasana ujian yang amat genting.
Melalui pertandingan yang disertai ini, penghafaz bukan sahaja dapat menguji
kemampuannya dalam menghafaz ayat al-Quran malah turut memperolehi
pengalaman yang berharga apabila dapat bertukar-tukar ilmu dan buah fikiran
dengan peserta daripada daerah dan negeri lain.
Dipetik dari: KEBERKESANAN KAEDAH HAFAZAN DI PUSAT TAHFIZ
PENYELIDIK-PENYELIDIK:
USTAZ ABDUL HAFIZ BIN HAJI ABDULLAH
PROF. MADYA AJMAIN BIN SAFAR
USTAZ MOHD ISMAIL BIN MUSTARI
USTAZ AZHAR BIN MUHAMMAD
USTAZ IDRIS BIN ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2003
Wednesday, September 9, 2009
Masalah-Masalah Dalam Menghafaz Dan Mengekalkan Hafazan al-Quran..
Setelah bergelar seorang hafiz, adalah menjadi tanggungjawab kepada seseorang itu untuk memelihara hafazannya supaya tidak hilang atau lupa. Melupakan hafazan al-Quran setelah menghafaznya adalah suatu dosa di sisi Allah S.W.T. Amaran keras ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dalam sebuah
hadisnya:
Terjemahannya:
“Sesiapa yang menghafaz al-Quran kemudian dia lupa nescaya dia
akan berjumpa Allah di hari kiamat dalam keadaan berpenyakit
juzam (kusta) dengan terpotong-potong tangannya.”
( Hadith riwayat abu Dawud dan Tirmidhi)
Memandangkan gangguan dan kesukaran untuk mengekalkan hafazan al -Qurannya, seseorang itu mestilah mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan
hilang hafazan dalam ingatannya. Ini memastikan hafazan keseluruhan al-Quran
kekal dalam ingatan dan menghindari kemurkaan dari Allah S.W.T.
Masalah Dalaman (Internal) Seorang Hafiz Al-Quran
Masalah dalaman (internal) adalah masalah yang wujud dari dalam diri seorang
hafiz al-Quran. Semasa menjalani kehidupan hariannya, godaan dunia di samping
bisikan syaitan, boleh menyebabkan seseorang hafiz itu lupa diri bahawa dia adalah seorang penghafaz al-Quran. Oleh itu, seorang hafiz perlu mengetahui
masalah-masalah berikut dan menjaga dirinya untuk mengelak daripada lupa
hafazan al-Quran. Antaranya:
a. Cintakan dunia dan terlalu sibuk dengannya
Orang yang sibuk dengan perkara keduniaan, tidak akan dapat melapangkan
masa untuk mengulangkaji hafazan. Kegagalan mengulang-ulang bacaan
menyebabkan hafazan akan hilang sedikit demi sedikit dari ingatan. Oleh itu,
dalam mengejar keperluan hidup, seorang hafiz perlulah melapangkan
sejumlah masa setiap hari untuk mengulang bacaan. Firman Allah S.W.T.:
Terjemahannya:
“Sekali-kali jangan begitu, bahkan kalian terlalu mencintai dunia
dan meninggalkan akhirat.” (al-Qiyamah:20-21)
b. Tidak merasai kenikmatan al-Quran
Menjadi seorang hafiz adalah anugerah daripada Allah S.W.T dan sesiapa yang membaca al-Quran akan diberi kenikmatan daripadanya. Sebagaimana para sahabat di zaman Rasullulah S.A.W. seperti 'Uthman bin 'Affan, yang khatam pembacaan al-Quran pada setiap hari. Begitu juga sahabat-sahabat yang lain seperti Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit dan lain-lainnya di mana setengah daripada mereka khatam pembacaan al-Quran tiga hari sekali, seminggu sekali dan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kegairahan sahabat dalam mengulang-ulang untuk mengkhatam al-Quran kerana mereka telah mendapat kenikmatan dalam pembacaannya. Amalan-amalan seperti ini tidak mungkin dilakukan oleh seseorang yang tidak merasai kemanisan membaca al-Quran. Banyak atau sedikitnya kenikmatan membaca al-Quran bergantung kepada kualiti iman dan ketaqwaan pembacanya kepada Alah S.W.T. Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang rajin membaca al-Quran adalah mereka yang suka bersembahyang malam, beriman kepada Allah S.W.T. dan hari akhirat, menyuruh yang maaruf dan mencegah yang mungkar serta bersegera dalam melakukan amal-amal yang soleh. FirmanNya:
Terjemahannya:
“Mereka itu tidak sama, di antara ahli kitab itu ada yang berlaku lurus, mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa malam hari, sedang mereka dalam bersujud (solat). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan bersegera dalam melaksanakan amal-amal yang baik, mereka itu termasuk dalamgolongan orang-orang yang salih.” (al-'Imran:113-114)
c. Hati yang kotor dan banyak melakukan maksiat
Hafazan al-Quran akan dapat menerang hidup penghafaznya jika dilandasi
oleh hati yang bersih dari kotoran syirik, takabur dan pelbagai kemaksiatan.
Oleh itu menghafaz al-Quran tidak mungkin dilakukan oleh orang yang
berhati kotor kerana kitab ini adalah suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T.
yang maha suci, dibawa oleh malaikat yang suci, diberikan kepada Rasullulah
S.A.W. yang suci dan diturunkan ke tanah yang suci.
Kekotoran hati ini mengikut perlakuan maksiat yang dilakukan oleh
seseorang. Apabila hati sudah kotor maka hafazan terhadap al-Quran akan
berkurangan sehinggalah ke peringkat hati yang hitam gelap yang akan
menjauhkan seseorang seseorang dari kecintaan dan melupakan al-Quran.
d. Tidak sabar, malas dan mudah berputus asa
Menghafaz dan mengulang-ulang hafazan al-Quran memerlukan kegigihan
dan kesabaran yang terus menerus. Ini adalah ciri-ciri al-Quran itu sendiri
yang mengajak kita untuk menjadi manusia yang aktif dalam hidup di dunia.
Begitu juga semasa al-Quran diwahyukan kepada baginda Rasullulah S.A.W.
yang memerlukan titisan peluh untuk menerimanya, bahkan seorang sahabat
pernah merasakan beratnya peha Rasullulah S.A.W. ketika pehanya menjadi
sandaran kepada peha Rasullulah S.A.W. ketika baginda menerima wahyu.
Oleh itu, kesabaran, ketekunan dan tidak mudah berputus asa menjadi sifat
kepada seorang yang ingin menghafaz al-Quran. Untuk menghilangkan sifat
tidak sabar, malas dan putus asa, perlulah menghindari perkara-perkara
berikut:
i. Lupa atau sudah tidak berminat lagi terhadap tujuan dan kelebihankelebihan
menghafaz al-Quran.
ii. Tidak bersedia untuk bekerja keras bagi menghafaz dan mengulangulang
hafazan.
iii. Lemahnya bertaqarub kepada Allah S.W.T. yang menyebabkan
lemahnya ruhiyah dalam diri.
iv. Terpengaruh dengan suasana keluarga, sekolah dan masyarakat yang
belum memahami kepentingan pendidikan hafazan al-Quran.
Oleh itu, sebelum seseorang mula menghafaz al-Quran, hendaklah meyakini
mengenai tujuan dan kelebihan menjadi seorang hafiz. Lebih-lebih lagi bagi
seorang dai'e, tentunya memahami pentingnya menghafaz al-Quran. Apabila
sudah memahami tujuan dan kelebihan menghafaz al-Quran, barulah
seseorang itu sedia melapangkan masanya untuk menghafaz dan mengulangulang
ayat-ayat al-Quran. Sebarang halangan dan kesusahan yang dialaminya
semasa pembelajaran akan dihadapi dengan tabah dan sabar kerana
mengharapkan ganjaran daripada Allah S.W.T.
e. Niat yang tidak ikhlas
Niat yang tidak ikhlas dalam menghafaz al-Quran bukan sahaja menghalang
kejayaan seeorang menghafaz al-Quran di samping itu juga mendapat kutukan daripada Allah S.W.T. di hari akhirat. Keikhlasan dalam menghafaz al-Quran hendaklah dipertahankan secara terus menerus. Ia menjadi motivasi yang kuat untuk mencapai kejayaan menjadi seorang hafiz dengan selalu mengingatkan janji-janji Rasullulah S.A.W. berupa pahala yang sangat banyak. Di samping itu, adalah perlu daripada peringkat awal lagi, menjadi seorang hafiz tidak menjanjikan peluang keduniaan yang luas, seperti mana mempelajari bidang-bidang yang lain. Di sinilah peranan keikhlasan kepada Allah S.W.T. yang akan menjadi kekuatan dalam diri seorang penghafaz al-Quran bagi mempertahankan niat suci itu.
Masalah Luaran (External) Seorang Hafiz Al-Quran
Masalah luaran ini tidaklah seberat masalah dalaman. Ini kerana banyak orang-orang kafir atau orentalis yang tidak beriman pun mampu untuk menghafaz keseluruhan al-Quran. Tunggak kejayaan adalah datangnya dari keinginan yang kuat dari diri seseorang itu. Namun jika berjaya melepas masalah dalam, masalah
luaran akan mampu diatasi. Antara masalah-masalah luaran adalah:
a. Tidak mampu membaca dengan baik
Penghafaz yang tidak mampu membaca al-Quran dengan baik akan menghadapi dua masalah iaitu masalah membaca dan masalah menghafaz. Masalah ini akan lebih ketara apabila ayat yang dihafaz semakin banyak menyebabkan penghafazan terhenti separuh jalan. Terdapat juga mereka yang melakukan kedua-dua perkara ini sekaligus dapat menamatkan penghafazan mereka. Jika penghafaz tidak mampu melakukan dua perkara sekaligus, adalah baik ia melancarkan bacaan al-Quran terlebih dahulu barulah menghafaznya.
b. Tidak mampu mengurus masa
Penghafaz yang tidak mampu untuk mengurus masa mereka akan merasa kesuntukan masa untuk menghafaz di samping melakukan kerja-kerja yang lain. Untuk ini, seorang penghafaz perlu mendisiplinkan diri melapangkan sebahagian masa untuk menghafaz. Sebaiknya jadikanlah menghafaz sebagai tugas utama serta menjadikan kenikmatan membaca dan menghafaz ayat-ayat al-Quran mengurangkan masa untuk melakukan tugas-tugas yang lain.
c. Sukar membezakan ayat-ayat Mutasyabih
Al-Quran adalah merupakan mukjizat dari Allah S.W.T, mempunyai ayat-ayat
yang sama dari segi makna dan lafaznya.
“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain, yang berulang-ulang (keterangannya berbagai cara),(oleh kerana mendengarnya atau membacanya) yangmenyebabkan badan orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram…” (al-Zumar:23)
Ayat-ayat Mutasyabih bermaksud ayat yang mempunyai persamaan seluruh
atau separuhnya di antara satu sama lain. Ayat ini kadangkala adalah sama
seratus peratus dan pada tempat yang lain ia berbeza hanya pada satu huruf
sahaja (Muhsin, 1994: 62). Seseorang penghafaz tidak boleh dikatakan mahir
dengan hafazannya selagi belum menguasai ayat Mutasyabih ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)