Sunday, December 19, 2010

Indahnya Al-Quran -7 jenis Tarannum Murattal



Tarannum ada 7 lagu:

Bayyati
Nahwand
Rast
Soba
Hijjaz
Sikah
Jiharkah


Di bawah ni adalah video-video tarannum murottal oleh Ustaz Radhi Kamarul Hailan , Selamat mendengar dan mencuba (^_^)


Murattal Hijaz


Murattal Bayyati


Murattal Jiharkah


Murattal Sikah


Murattal Soba


Murattal Rast


Murattal Nahawand

Monday, December 13, 2010

Mak Sayang Kamu

Kamu semua tak tahu

Mak sangat sayangkan kamu

Selalu risaukan kamu

Takut kalau kamu tak sempat solat berjemaah di masjid

Takut kalau kamu tidak solat di awal waktu

Tapi manalah kamu tahu hati mak

Kamu ingat mak berleter

Walhal mak ingin ingatkan kamu tentang tanggungjawab terbesar ini selagi dia masih bernyawa

Hinggakan dia risau siapa yang akan menggantikannya untuk mengingatkan anak-anak terunanya apabila dia meninggalkan dunia ini

Kerana katanya anak teruna bakal pemimpin keluarga

Sebenarnya mak risau takut kamu-kamu tak baca Quran, malas baca Quran, malas mencari ilmu agama

Bagaimana hendak mendidik cucu-cicitnya nanti

Ingatlah mak yang mengajar kamu mengenal huruf dan membaca Quran

Besarnya jasa mak pada kamu

Katanya tak guna belajar tinggi-tinggi tetapi jauh dari Tuhan, malas ke masjid

Hinggakan mak berpesan kepada kakak

Doakanlah untuk adik-adik supaya dekat dengan Tuhan

Tengok, betapa sayangnya mak pada kamu semua

Mak kata dia sentiasa memaafkan kesalahan-kesalahan anaknya

Tetapi dia risau jika Tuhan murka kepada anak-anaknya

Risau jika keberkatan hidup anak-anaknya akan hilang

Tetapi kamu semua kadang-kadang tak sedar

Kakak rasa beratnya tanggungjawab kerana mak seolah-olah memberi amanatnya kepada kakak

Harap kamu sedar betapa luas dan agungnya cinta mak

Sayangilah mak selagi masih bernyawa

Maafkan kami mak..

Semoga kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah