Sangat sedih menerima perkhabaran mak cik bongsu yang disayangi disahkan menghidapi kanser tahap ke 4 dan dalam pada masa yang sama sedang mengandung 3 bulan..Ya Allah besarnya ujianMu buat insan yang terpilih.
Anak mak cik yang sulung berhenti kerja semata-mata hendak menjaga ibunya.Tambahan pula ayahnya juga tidak berapa sihat. Adiknya pula sanggup berhenti belajar semata-mata hendak berbakti kepada ibunya. Walaupun dipaksa untuk meneruskan pengajian dia berkeras dengan pilihannya. Semoga Allah memberkati mereka sekeluarga. Semoga Allah ringankan kesakitanmu mak cik. Syafahallah ..
Friday, March 20, 2015
Tuesday, March 17, 2015
Rumah
Barang semakin mahal, kos sara hidup pun semakin meningkat. Sebelum ini tidak terfikir untuk membeli aset tetapi rasanya mungkin selepas ini keperluan asas seperti rumah terutamanya, menjadi mampu tengok sahaja.
Ciri-ciri rumah yang diimpikan:
1. Tidak terlalu besar, sederhana
2. Berdekatan dengan masjid dan jiran yang baik
3. mampu milik
Ada juga beberapa kali survey rumah, rumah kali ini lokasi agak strategik,dalam taman dan berdekatan dengan masjid, tidak besar sangat, tetapi harganya RM350 k untuk sebuah rumah semiD. Mahal !
Baru balik dari Johor Bharu ke rumah adik ipar , rumah teres 2 tingkat yang dibeli 145K sahaja dan rumahnya jauh lebih besar daripada rumah semiD di Kelantan.
Apa-apa pun rezeki di tangan Allah, bersyukur dengan apa yang ada sekarang. :)
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
BY:UNIC

Wednesday, March 11, 2015
Pak cik yang sweet
Masa nak round wad pagi semalam, tengokla sorang pak cik ni tidur lena sangat dan nampak sangat keletihan. Lepas siap round tu duduk la kejap, pastu doktor cakap pak cik nak solat.
Me: pakcik nak solat dhuha kot
Doktor: Eh ambikla air letak dalam bekas apa-apa bagi pakcik nak ambik air sembahyang (cakap kat SN sebab pak cik x boleh bangun dan gerak, boleh baring je). Pak cik nak sembahyang subuh tu (at that time 10 o'clock already)
Me: Doktor kan ada air dalam botol spray tu untuk ambik air sembahyang
pastu doktor suruh adik-adik trainee tolong spraykan air kat anggota wudhu' pakcik
Walaupun terlewat bangun sebab tertidur dek kerana sakit, apabila bangun terus teringat untuk solat subuh. Saya mengintai di celah tirai dan untuk melihat pak cik solat sambil baring dan terdengar "Allahuakbar" .. Allah Maha Besar.. Sesungguhnya semoga Allah kurniakan rasa untuk terus beribadat walaupun ketika sakit..Kadang-kadang iman teruji apabila sakit..Allahu Allah

Subscribe to:
Posts (Atom)