Tuesday, March 17, 2015

Rumah

Barang semakin mahal, kos sara hidup pun semakin meningkat. Sebelum ini tidak terfikir untuk membeli aset tetapi rasanya mungkin selepas ini keperluan asas seperti rumah terutamanya, menjadi mampu tengok sahaja.

Ciri-ciri rumah yang diimpikan:
1. Tidak terlalu besar, sederhana
2. Berdekatan dengan masjid dan jiran yang baik
3. mampu milik

Ada juga beberapa kali survey rumah, rumah kali ini lokasi agak strategik,dalam taman dan berdekatan dengan masjid, tidak besar sangat, tetapi harganya RM350 k untuk sebuah rumah semiD. Mahal !

Baru balik dari Johor Bharu ke rumah adik ipar , rumah teres 2 tingkat yang dibeli 145K sahaja dan rumahnya jauh lebih besar daripada rumah semiD di Kelantan.
 Apa-apa pun rezeki di tangan Allah, bersyukur dengan apa yang ada sekarang. :)

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
 

 Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki



BY:UNIC

No comments:

Post a Comment