Wednesday, March 11, 2015

Pak cik yang sweet

Masa nak round wad pagi semalam, tengokla sorang pak cik ni tidur lena sangat dan nampak sangat keletihan. Lepas siap round tu duduk la kejap, pastu doktor cakap pak cik nak solat.

Me: pakcik nak solat dhuha kot
Doktor: Eh ambikla air letak dalam bekas apa-apa bagi pakcik nak ambik air sembahyang (cakap kat SN sebab pak cik x boleh bangun dan gerak, boleh baring je). Pak cik nak sembahyang subuh tu (at that time 10 o'clock already)
Me: Doktor kan ada air dalam botol spray tu untuk ambik air sembahyang

pastu doktor suruh adik-adik trainee tolong spraykan air kat anggota wudhu' pakcik

Walaupun terlewat bangun sebab tertidur dek kerana sakit, apabila bangun terus teringat untuk solat subuh. Saya mengintai di celah tirai dan untuk melihat pak cik solat sambil baring dan terdengar "Allahuakbar" .. Allah Maha Besar.. Sesungguhnya semoga Allah kurniakan rasa untuk terus beribadat walaupun ketika sakit..Kadang-kadang iman teruji apabila sakit..Allahu Allah

No comments:

Post a Comment