Alhamdulillah, sudah 8 bulan bergelar sebagai PRP. Sungguh cepat masa berlalu. Macam-macam perkara dan warna terlakar di alam pekerjaan ni. Tekanan pun semakin berkurang berbanding sewaktu permulaan dahulu. Tanggungjawab semestinya sangat besar melibatkan nyawa manusia.
Sekarang berada dekat stesen TPN, sangat banyak baby yang memerlukan parenteral nutrition. Setakat ini 19 beg TPN yang perlu dicompound adalah yang terbanyak sepanjang 2 minggu berada di stesen TPN. Bos selalu bertanya ,' ada yang mati hari ni?', pekerjaan ni membuatkan kita sering berhadapan dengan berita kematian tidak mengira usia dan seharusnya menghadirkan keinsafan bahawa dunia ini hanya sementara, semoga hati tidak mati dan lali apabila mendengar berita kematian dan mengingatkan diri bahawa kematian itu sangat hampir.
Hanya ingin mengambil aura positif di tempat kerja, pergilah jauh-jauh perasaan negatif..bekerja dengan penuh tanggungjawab dan gembira..masih berbaki 3 stesen lagi iaitu farmasi pesakit luar , prabungkus dan CDR. Alhamdulillah,lega telah lulus viva bertulis TDM yang tidak dibekalkan langsung dengan formula dan semua soalan adalah real case yang berlaku di hospital. Debaran seterusnya pula untuk viva wad, IPD, CDR & TPN pula nanti ..
KERJA ITU AMANAH~~~
No comments:
Post a Comment