Friday, September 21, 2012

3 hari sebagai PRP

Pada 19 september, sepatutnya kami berjumpa ketua pegawai  farmasi  U54 HRPZ II untuk tujuan lapor diri tetapi hari ini kebanyakan bos-bos besar tiada di pejabat. Oleh itu senior prp membawa kami bertiga (sy, intisar dan khaliffa) meninjau-ninjau kawasan setiap unit farmasi di hospital. Hari Rabu  dan Khamis merupakan peluang bagi kami untuk membiasakan diri dengan proses dan gerak kerja sebagai prp di hospital.

Oleh itu, sy ditempatkan di farmasi satelit, intisar di inpatient dan khaliffa di outpatient dan akan dirotate sehingga esok. Pada minggu depan akan bermula proses kerja yang sebenar-benarnya. Di farmasi satelit, bebanan kerja tersangatlah banyak. Ada 2 orang senior prp di situ dan pegawai farmasi tiada pada ketika itu dan prp dibantu oleh pembantu pegawai farmasi. Kebetulan pada hari itu merupakan hari bekalan ubat DD( dangerous drug), maka kelam kabutlah seorang senior prp menguruskan urusan bekalan dan rekod DD yang amat memeningkan. Seorang senior prp pula sibuk screening  ubat-ubatan yang perlu dibekalkan ke wad, berulang alik ke kaunter untuk dispense ubat, menjawab panggilan telefon daripada doktor bertanyakan dos ubat dan sebagainya. Sungguh memenatkan walaupun saya hanya melihatnya. Tetapi tersangat kagum dengan mereka. Kebanyakan prp di sana menggunakan perkataan agak "disaster'' juga keadaan mereka di sana.hoho. Di situ saya belajar sedikit labeling menggunakan komputer, melihat pembantu pegawai farmasi dispense ubat (he has 20 years experience..wow! very humble, he said 50 % medications he didn't know yet). Saya juga belajar daripada nad (senior prp yang tiba-tiba datang melawat dari unit lain) untuk screening medications dan pada hari ini (jumaat) belajar lagi screening di inpatient bersama-sama senior prp yang lain. Untuk screening:

  • kita perlu tahu strength or dose yang available yang kita ada, sebelum kita dapat kira jumlah bekalan ubat untuk dibekalkan. 
  • Untuk ubat-ubatan biasa, kita akan bekalkan mengikut unit of use (biasa 3 or 4 hari untuk oral, dan untuk injection kebiasaan 2 hari, sudah ada jadual untuk hari-hari tertentu , jadi refer je jadual). 
  • Untuk preskripsi dari A&E biasa bekalan hanya diberikan untuk 2 hari sahaja
  • kalau ubat-ubatan list A tidak ada cop pakar , hanya bekalkan untuk sehari sahaja dan maksimum hanya 3 kali sahaja boleh diberi. Tandakan bulat dekat tepi preskripsi  p (maksudnya perlukan cop pakar) dan tandakan kat label perlukan tandatangan pakar.
  • kalau ubat-ubatan yang dah ada floorstock (f/s), tidak perlu bekalkan
  • Bila screening, tengok drug profile kat wad tertentu, biasa susun ikut alphabetical order dan kita cek untuk prevent polypharmacy or drp dan sebagainya. 
  • Sesetengah antibiotik perlukan counter sign pakar dan perlu kepilkan borang biru (antibiotic order form)  pada preskripsi untuk dilengkapkan oleh doktor.Antibiotik yang perlukan borang biru (AOF) ialah (cefepime, cefoperazone/sulbactam, cefazolin, ciprofloxacin, levofloxacin, pipercillin/tazobactam, azithromycin, imipenem, meropenem, fusidic acid, linezolid, vancomycin, fluconazole, acyclovir, itraconazole)
  • apabila doktor ingin menggunakan sesetengah antibiotik lebih 72 hours, maka borang kuning akan dikepilkan (antibiotic continuation form ). Antibiotik tersebut ialah (cefoperazone, ceftazidime, ceftriaxone, cefotaxime, cefepime, sulperazone, fluconazole, meropenem, imipenem, pipercillin/tazobactam, ciprofloxacin, levofloxacin, azithromycin and vancomycin).
  • kalau ubat yang injection, kita kena check stability dia dalam room temp or refrigerator berapa hari dan state dalam label untuk memudahkan storage bagi pihak wad dan ubat disimpan dan diguna dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Biasa dah ada jadual untuk ubat-ubat tersebut.
  • kalau ada Rx patient  yang dah beberapa hari wad tak hantar, tiba-tiba hari ni hantar, perlu call wad, pastikan patient masih perlu gunakan ubat tersebut atau sudah stop atau sudah discharge
  • jika ada increase dose dari yang asal, kalau ragu-ragu, sila call doktor untuk pastikan sama ada betul atau tidak
  • hari ini, dapat tahu bahawa voltaren injection hanya akan diberikan selama dua hari, jika ada rx baru minta injection lagi, kena call wad beritahu farmasi tak akan bekalkan dan minta doktor endorse baru untuk tukar kepada oral
  • beban kerja perlu dikira mengikut bilangan slip yang diterima
  • cara untuk rekod unit of dose sedikit berbeza dan filling juga sangat leceh berbanding unit of use tetapi increase compliance , memudahkan kerja nurse la nak bagi ubat  dan kurang medication error
Pada hari khamis, di outpatient pharmacy, saya hanya melakukan kerja-kerja filling untuk ubat-ubat kaunter ekspres sahaja, ubat yang satu, atau dua dan tiga sahaja untuk membiasakan diri dengan kedudukan ubat. Jadual prp sudah keluar, dan OPD adalah tempat pertama saya perlu belajar dan bertugas. Kelebihan berada di OPD ialah boleh mengingati strength/ dose ubat yang ada di farmasi . Ini akan memudahkan proses screening nanti. Semoga saya dapat mengingati dan mempelajarinya dengan cepat dan bersabar dengan karenah-karenah manusia yang pelbagai.

Hari minggu, Jumaat dan Sabtu masih perlu bekerja kerana ada tagging untuk memudahkan proses belajar di outpatient dan inpatient pharmacy. Ada 3 rakan prp yang baru dari IMU .Terima kasih kepada senior prp dan  ppf yang banyak membantu mengajar kami dan menyesuaikan diri. Barakallahufiikum.

Ya Allah, kurniakanlah kesabaran, kerendahan hati, kekuatan iman dan keikhlasan untuk bekerja dan menuntut ilmu.. amiin

**mungkin ada maklumat yg x betul..hehe, sy budak baru belajar :)

No comments:

Post a Comment