Alhamdulillah, tahun ini masih dikurniakan
kesempatan oleh Allah untuk sekali lagi berada dalam madrasah Ramadhan dan
seterusnya syawal.
Kebiasaannya syawal bagi diri saya sangat
hambar jika tidak pulang ke kampung dan berhari raya di Kelantan sahaja
beberapa tahun kebelakangan ini. Sebenarnya hari raya di Kelantan
dikatakan sangat meriah tetapi mungkin salah sendiri kerana kerap mengasingkan
diri. Beberapa edisi syawal yang lepas, jika ibu bapa pergi berhari raya ke
rumah sanak saudara atau kenduri kendara, selalunya saya hanya akan terperuk di
rumah sahaja. Antaranya sebabnya adalah ada peperiksaan besarla selepas syawal
dan sebab utama ialah memang saya suka terperuk di rumah sahaja.
Pada tahun ini hari raya agak meriah
sedikit kerana kehadiran sahabat-sahabat RX7 yang hampir 20 orang datang ziarah
rumah pada hari raya ke 8 sempena perkahwinan sahabat se-batch iaitu
Hazwani Rusli dan Saifullah Mat . Barakallahulakuma, minta maaf tidak dapat
menghadiri kerana tidak berapa sihat. Antara rumah-rumah yang saya pergi
berhari raya pada tahun ini ialah rumah Ainani, Pokwe dan k.Mahfuzah & Bro.
Syafiq. Menghadiri beberapa kenduri pada hari raya ke 5 iaitu kenduri sahabat
baik saya Anis Zarime & Rhazi, kakak jee dan jiran. Terima kasih jee atas
kebaikan diberi, jongmal kumawo yo, alhamdulillah.
Satu sebab saya gembira pada tahun ini
ialah kehadiran kakak sulung dan 2 anak saudara, nenek dan pak Teh dan juga
keluarga makcik bongsu sebelah ibu. Jadi hari raya tahun ini agak meriah
sedikit dengan kehadiran tetamu jauh yg sudi bertandang yang mana
sebelum-sebelum ini sunyi sepi sahaja rumah ini. Sepanjang pergi berziarah , hampir
kesemua rumah bertanya saya anak siapakah saya. Ramai yang mengatakan bahawa
rupa saya mirip arwah makcik sebelah ayah saya yang baru meninggal hampir
memasuki Ramadhan yang lalu. Namun, adalah seorang dua yang mengatakan rupa
saya ada rupa ibu saya. Sebenarnya rupa saya mengikut sebelah ayah. Semoga
makcik bahagia di sana.
Soalan paling femes, “bila nak kerja?”..soalan “bila nak kahwin?” setakat ini tidak berapa femes sangat. Mendengar ura-ura akan bekerja
awal Oktober. Wallahua’lam.Hanya menanti penuh sabar sahaja. Ingin gunakan kesempatan yang ada di rumah
luangkan masa bersama ibu bapa tercinta dan berbakti kepada mereka.
Barakallahulakuma buat sahabat-sahabat yang menjemput saya ke
kenduri mereka yang tidak dapat saya hadiri atau bertemu mata dengan mereka,
semoga berbahagia hingga syurga.
1. Nur Hanani Fadzilah dan Wan Abdul Baith Izzuddin
2. Anis dan Khairi
3. Nazihah dan Syauqi
No comments:
Post a Comment