Islam tidak pernah meletakkan perantaraan manusia dan Tuhan
Bila-bila masa sahaja, dan siapa sahaja insan itu
Di mana sahaja dia berada , bangsa apa dia, keturunan apa
dia
Siapa mak bapaknya, siapa sahaja datuk neneknya
Jika dia ingin berhubung dengan Allah Azzawajalla atau
kembali kepada Allah
Maka tidak pernah ada halangan
Surah azzumar ayat 53
“beritahu kepada hamba-hambaku , katakanlah wahai
hamba-hamba Allah yang mana mereka itu kecewa terhadap diri mereka (dosa dia banyak, dia frust)
Dia rasa , dia jumpa orang, orang akan kata
o..Kau ni, Tuhan tak ampun dosa orang macam kau ni
Jumpa orang ni pulak kata ,Tuhan tak ampun kau ni
Allah kata: ‘Beritahu hamba-hambaku yang mereka itu telah kecewa
terhadap diri mereka..
..Jangan mereka putus asa dengan rahmat Allah
Jangan mereka kecewa dengan rahmat Allah...
Allah mengampunkan segala dosa
Nabi kata : Siapa yang
menyatakan lingkuplah orang ramai , jahanamlah puak-puak ini
Semuanya jenis kaki dosa ,
jahanam dia
Nabi kata : dialah orang yang
paling binasa
Sebab dia tidak memberikan nilai
rahmat Allah kepada orang.
Allah menyatakan : Wahai hambaku jika dosamu itu sampai ke
langit , banyaknya daripada bumi hingga ke langit ...
Kemudian engkau istighfar, engkau pohon keampunan
daripadaKu..
Aku ampunkan engkau aku tidak peduli...
*********************************************************************************
Pintu keampunan Allah , Allah buka pintu keampunan pada
waktu siang untuk dia mengampun dosa
orang yang buat dosa pada waktu malam
Dan dia buka pintu keampunan pada waktu malam untuk dia
mengampun dosa orang yang buat dosa pada waktu siang
****** ***************************************************************************
(Hadith)
‘Kamu doalah kepada Allah dalam keadaan yakin kamu akan
diterima’
‘Ketahuilah Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai
dan alpa, Dia tidak terima.’
Al-Baqarah : 186
Semua doa menjelma melainkan hamba tidak berdoa
bersungguh-sungguh
(Allah lebih tahu apa kita perlukan)
Cuma Apabila Allah memperkenankan sesuatu hajat, ia
memperkenankan dalam berbagai rupa..
Manusia kadang-kadang (saya selalu sebut) kadang-kadang dia minta wang,
Sebenarnya dia bukan nak wang , dia nakkan kebahagiaan
tapi dia sangka, dengan adanya wang,ada kebahagiaan
Allah kadang-kadang tak bagi wang sebanyak yang dia harap
tapi Allah beri kebahagiaan kepada dia.
*********************************************************************************
Nabi kata: Tiada hamba Allah yang doa dalam keadaan saudara
dia itu tidak tahu
Melainkan Allah hantar malaikat-malaikat, untuk engkau macam
itulah juga.
Maksudnya engkau minta yang baik untuk dia, untuk engkau
macam itulah juga.
26 Ramadhan
No comments:
Post a Comment