Sunday, April 8, 2012

Terima Kasih dan Minta Maaf

Alhamdulillah, mendapat peluang sekali lagi untuk mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan (13-17 April) untuk kali yang  ketiga bagi kategori ke 3 hafizah (1-30 juzu') walaupun bertanding atas tiket naib johan kerana tiada pemenang bagi kategori ini.

Terima kasih banyak-banyak kepada Madam H kerana memberi saya duit tambang dan poket untuk ke Perlis. Sangat terharu..

Kepada kawan-kawan RX7 terutama yang satu kumpulan dengan, saya meminta maaf banyak-banyak jika ada kekurangan dalam tugasan. Apa-apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua groupmate saya yang banyak memudahkan urusan saya. Barakallahufikum. Doakan saya selamat sampai ke Perlis dan doakan saya mendapat manfaat daripada majlis ini.

3 comments: