Sebenarnya dah seminggu berlalu kisah pergi ke Perlis. Terima kasih banyak-banyak kepada k.Zaini, Moja , Nani dan Sarah banyak bagi maklumat pasal nak pergi Perlis ni. Agak cuak juga nak pergi seorang diri ke utara yang memakan masa 12 jam dari Kuantan. Risau juga mendengar cerita pak cik bas tidak berhenti solat subuh. Pada hari kejadian, subuh-subuh lagi jam 6.30 pagi kena pergi hospital attachment di Temerloh yang memakan masa 2 jam perjalanan. Selalunya maghrib pula akan kembali ke mahallah. Risau takut tidak sempat kembali sebab bas ke Perlis jam 9 malam.
Namun, alhamdulillah, ahli farmasi di Temerloh ingin menghabiskan discussion awal sebelum jam 4 petang dan pada hari tersebut selamat sampai ke UIA jam 6 petang lebih awal dari jangkaan. Terima kasih banyak-banyak kepada Sakina Nur Najah yang menumpangkan saya ke rumahnya untuk solat jamak, memberi makan malam, memberi ubat sakit perut dan seterusnya menghantar saya ke terminal jam 8.30 malam. Terima kasih dan minta maaf banyak-banyak buat groupmate DDS yang membuat PFT tanpa saya pada keesokannya..
Pada mulanya , saya ingatkan saya berseorangan dalam perjalanan, tiba-tiba bertemu dua orang budak 2nd year medic baru habis exam dan ingin pulang ke alor star menaiki bas sama dengan saya. Rupa-rupanya classmate adik saya faezah dan seat mereka sedang molek pulak sebelah-menyebelah dengan saya. Alhamdulillah, alhamdulillah. Lagi satu yang saya sangat bersyukur, pak cik bas ni memakai kopiah putih dan agakan saya pak cik mestilah berhenti solat subuh. Alhamdulillah ,pakcik berhenti awal untuk solat subuh dan berhenti rehat. Namun, selesai solat subuh saya menyedari al-Quran yang menjadi teman setia 7tahun lepas sudah hilang..Salah sendiri kerana cuai T_T.
Alhamdulillah sampai di Perlis lebih kurang jam 8.40 pagi dan urusetia hafazan Kelantan Cik Din, Cik Hisyam dan Cikni datang menjemput saya di terminal Kangar. Sampai-sampai sahaja terus makan sarapan pagi di Putra Palace Hotel Kangar. Tak sempat mandi dan rehat kena pergi taklimat dan pengundian giliran. Huhu, penat..Sebenarnya UIA dah buat surat untuk saya membaca pada tarikh 15 April (Ahad) pagi sebab ahad petang tu nak balik Kuantan dah. Kiranya 3 hari sahaja sempat dok kat Perlis..Apa yang menggembirakan saya ialah saya dapat mendengar4 orang bacaan peserta Kelantan sebelum saya kembali ke Kuantan. Salah seorang peserta bertuah Radhiah Abdul Rahman kena membaca di malam perasmian 13 April , ramai VVIP yang hadir, Dato Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Perlis dan lain-lain. Radhiah demam dan batuk pada malam tersebut. Ada hikmahnya apabila dia menjadi peserta terawal membaca kerana keesokannya demam dan batuknya semakin teruk pula.
| kertas giliran Radhiah |
Adik Sharil dan Farhana (1-10 juzu') menjadi peserta yang pertama dan kedua pada malam 14 April (hari kedua), dan adik Muqri (1-30juzu') menjadi peserta ke 5 dan saya peserta ke 6 pada 15 April pagi (hari ketiga). Cuma adik Nu'man Zaki seorang sahaja yang menjadi peserta terakhir bagi peserta Kelantan yang diuji oleh para hakim iaitu pada 16 April malam (hari keempat). Saya tidak sempat melihat adik Nu'man diuji. Dikhabarkan melalui sms adik Nu'man berjaya menjawab kesemua soalan tanpa sebarang kesalahan. Sangat bangga dengan Nu'man..Alhamdulillah dia mendapat johan, Adik Radhiah mendapat tempat kedua. Kedua-duanya kategori 1-20 juzu'.
Saya ingatkan saya terpaksa membeli al-Quran baru di Kangar namun nasib baik ustaz memberi al-Qurannya untuk saya gunakan. Terima kasih ustaz..Jazakallahukhairan jaza'. Sebelum ke Kangar, saya hanya mengulangkaji tafsir juzu' 7 sahaja, rupa-rupanya pada tahun ini 2 juzu' tafsir yang masuk ujian iaitu juzu' 7 dan 8, bermakna saya perlu mengulangkaji lagi satu juzu' dalam masa yang singkat, menyiapkan assignment berkumpulan admin dan menghabiskan pusingan 30 juzu' dalam minggu tersebut yang masih berbaki beberapa juzu'. Hari yang sangat memenatkan. Walaupun mengantuk, tetapi saya tidak dapat melelapkan mata dan menghabiskan waktu pada hari itu dengan membaca tafsir yang berbaki.
Nasihat adik Radhiah Ab. Rahman kepada saya ialah memperbetulkan niat bahawa majlis ini bukanlah pertandingan tetapi adalah ujian. Mengambil wudhu' sebelum ke medan ujian, banyak membaca bismillah, selawat dan membaca la takhof wala tahzan innallahama'na jika takut. Siap diberi tazkirah lagi pasal kahwin daripada adik yang berusia 17 tahun..hehe..Dia juga memberi saya menggunakan al-Qurannya, al-Qurannya penuh dengan tulisan pensel, ayat-ayat mutasyabihat yang sudah ditanda. Memang sangat kagum dengan kemasyiannya.. Tebuk di mana-mana pun boleh jawab, saya terkial-kial hendak menjawab soalan yang ditebuknya..huhu. Sudah lama tidak mendengar tazkirah mengenai al-Quran, adik Radhiah dan Farhana sudi berkongsi pengalaman mereka belajar di pondok Darul Nisa' di Rantau Panjang dan suka-duka pengalaman mereka sehingga mencapai ke tahap ini.
Semasa saya mengulang saya membaca dengan sambil lewa sahaja kerana ingin cepat menghabiskan ulangan dan ditegur oleh adik Radhiah " kak baca tak bukak mulut"..maksud Radhiah saya tidak menyempurnakan hak-hak sebutan huruf al-Quran. Apabila salah baca, adik Radhiah akan berkata "kak , dengung tak cukup tu", "kak bukan macam tu sebut Allah"..Dia ajar saya bagaimana huruf-huruf tersebut keluar ..Oh susahnya dik..Dia berkata dia bertahun-tahun belajar dengan guru masih lagi ada kesalahan apatah lagi saya yang tidak berguru sudah pasti berganda-ganda lagi kekurangan dalam bacaan saya.Terima kasih banyak dik, akak berbangga dengan kamu.
| Kenangan terakhir |
Peserta lelaki sangat sengit saingannya. Kesemuanya masyi, yang membezakan adalah mutu bacaan, gaya suara , tarannum dan persembahan. Respek sangat kat adik-adik semua. Saya pulang awal ke UIA untuk mengikuti workshop admin. Sedih juga tidak dapat mengikuti malam penutup bersama-sama peserta lain , namun sudah bersyukur kerana dapat mengikuti majlis walaupun hanya 3 hari. Lebih kurang pukul 10 malam pada 17 April (hari kelima), mendapat keputusan melalui sms daripada Ustaz Khairul, Urusetia Din, Adik Farhana, K.zaini yang memberitakan saya mendapat tempat ke 3 tanpa disangka-sangka . Alhamdulillah. Ustaz Abdul Baari juga mengkhabarkan keputusan kepada saya melalui dinding FB.Terima kasih semua :). Berikut adalah keputusan penuh Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 33 :
Sumber: link
![]() |
| Sumber FB |
KATEGORI 1 - 10 JUZUK (LELAKI)
A. (I) TEMPAT KETIGA:
NAMA : AMZANIL SHAH BIN ARNIZAM SHAH
NEGERI : PAHANG
MARKAH : 97.37 %
**peserta Kelantan mendapat markah yang sama, diberi tempat ke4..Tahniah adik Sharil .
(II) TEMPAT KEDUA:
NAMA : AMINUL GHAZALI BIN JAWAWI
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 98.05 %
(III) TEMPAT PERTAMA:
NAMA : MUHAMMAD HAFIZ BIN SOBRI
NEGERI : PERAK
MARKAH : 98.20 %
B. KATEGORI 1 - 10 JUZUK (PEREMPUAN)
(I) TEMPAT KETIGA:
NAMA : MARYAM BINTI AHMAD LUTFI
NEGERI : NEGERI SEMBILAN
MARKAH : 96.91 %
(II) TEMPAT KEDUA:
NAMA : SUMAIYAH NAJIHAH BINTI MOHD ZAINI
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 97.79 %
(III) TEMPAT PERTAMA:
NAMA : NURUL AIN NABILAH BINTI NORSHAM
NEGERI : MELAKA
MARKAH : 98.01 %
C. KATEGORI 1 - 20 JUZUK (LELAKI)
(I) TEMPAT KETIGA:
NAMA : MUHAMMAD ZUL AKMAL BIN ABD LATIF
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 96.70 %
(II) TEMPAT KEDUA:
NAMA : MOHAMAD OMAR BIN MANSU
NEGERI : PULAU PINANG
MARKAH : 97.01 %
(III) TEMPAT PERTAMA:
NAMA : NU'MAN ZAKI BIN MOHD ZAKI
NEGERI : KELANTAN
MARKAH : 97.98 %
D. KATEGORI 1 - 20 JUZUK (PEREMPUAN)
(I) TEMPAT KETIGA:
NAMA : UMAIMAH BINTI TAJUL ARIFIN
NEGERI : TERENGGANU
MARKAH : 95.31 %
(II) TEMPAT KEDUA:
NAMA : RADHIAH BINTI AB. RAHMAN
NEGERI : KELANTAN
MARKAH : 95.88 %
(III) TEMPAT PERTAMA:
NAMA : KHAIRUNNISA BINTI ZAINI
NEGERI : JOHOR
MARKAH : 96.88 %
E. KATEGORI 1 - 30 JUZUK (LELAKI)
(I) TEMPAT KETIGA:
NAMA : KHAIRUL ANUAR BIN MOHD DAHNAN
NEGERI : PERAK
MARKAH : 94.85 %
(II) TEMPAT KEDUA:
NAMA : MUHAMMAD KHAIRUL RAZIKIN BIN ABDUL RAZAK
NEGERI : SABAH
MARKAH : 95.75 %
(iii) TEMPAT PERTAMA:
NAMA : MUHAMAD IZZUL BIN ZAHIDI
NEGERI : MELAKA
MARKAH : 97.18 %
F. KATEGORI 1 - 30 JUZUK (PEREMPUAN)
(I) TEMPAT KETIGA:
NAMA : HASANAH BINTI MUHAMAD
NEGERI : KELANTAN
MARKAH : 90.00 %
(II) TEMPAT KEDUA:
NAMA : IZZAH NAFISAH BINTI ISMAIL
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 91.00 %
(III) TEMPAT PERTAMA:
NAMA : JUEZIATUL HUSNA BINTI ARIFFIN
NEGERI : TERENGGANU
MARKAH : 95.48 %
Semoga Al-Quran terus mekar dalam hati kita semua ..amiin

No comments:
Post a Comment