Musabaqah hafazan memberi erti yang sangat besar dalam hidup saya. Pengalaman yang saya tidak akan lupakan sepanjang hayat ini. Melalui musabaqah ini, saya dapat memperbaiki bacaan al-Quran saya dan memberi saya motivasi yang sangat besar setiap tahun untuk murajaah al-Quran. Walaupun bagi orang lain umpama berlari untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi, saya boleh diibaratkan merangkak-rangkak untuk mencapai ke tahap seterusnya. Walaupun begitu, saya berharap saya tidak berhenti berusaha.Beratnya bebanan al-Quran. Untuk mengamalkan isi kandungannya lagilah berat T_T.
Musabaqah pertama yang saya sertai adalah 9 tahun yang lalu (2003) ketika berusia 16 tahun untuk kategori yang paling rendah 1-5 juzu'. Pada ketika itu bacaan tersangatlah teruk, satu juzu' boleh baca 15 minit, betapa laju dan teruknya bacaan. Hanya pada tahun 2007 dan 2010 saya tidak menyertai apa-apa musabaqah. Melalui kursus-kursus tahsin al-Quran yang diadakanlah saya menyedari bahawa terlalu banyak kesalahan dalam bacaan al-Quran saya.
Selain itu, dapat berkenalan dengan hafiz-hafizah yang lain. Kebanyakan mereka lebih muda daripada saya tetapi ingatan mereka terhadap al-Quran lebih matang dan mantap berbanding usia muda mereka. Sangat cemburu dengan mereka. Adik-adik ini juga merupakan inspirasi dan motivasi untuk saya lebih berusaha. Saya masih ingat pada tahun 2005, menebuk sahabat saya zunaizah johari ( menjadi johan kebangsaan pada tahun tersebut), di mana-mana pun bahagian al-Quran pasti akan dapat dijawab. Ketika itu saya hanya peserta untuk 5 juzu', dan saya terfikir adakah saya dapat menguasai al-Quran dengan baik sepertimana sahabat saya,.Kadang-kadang saya merasakan itu mustahil ..Namun di mana ada usaha, pasti akan ada jalannya. Kita berusaha, Allah yang mengizinkan al-Quran itu hadir ke jiwa dan ingatan kita..Semoga Allah merahmati sahabat saya Zunaizah Johari yang sudah lama tidak berjumpa..

Alhamdulillah, kali ini cuti mid sem lebih awal dua hari daripada orang lain..Sangat berterima kasih kepada groupmate PT yang sangat supportive yang membolehkan saya menghadiri musabaqah yang mungkin kali terakhir kerana sudah mencapai had umur dan ini kali ketiga saya mencuba kategori 1-30juzu'. Kepada groupmate PT, jazakumallahukhairanjaza'. Pagi semalam saya selesai duji oleh hakim fateh. Hakim fateh juga orang yang sama sejak 9 tahun dahulu iaitu Ustaz Abdul Bari Abdullah dan Ustaz Badrul Hisham Sulaiman . Pasti juga saya akan merindui saat-saat diuji oleh hakim fateh.
Mak saya berkata kepada saya , "Kali ini mak tidak mendoakan kemenangan tetapi berdoa supaya anak mak mendapat keberkatan daripada bacaan al-Quran". Terima kasih mak..
Mak saya berkata kepada saya , "Kali ini mak tidak mendoakan kemenangan tetapi berdoa supaya anak mak mendapat keberkatan daripada bacaan al-Quran". Terima kasih mak..
InsyaAllah, penutup majlis hafazan Negeri Kelantan akan diadakan pada 25 Mac ini di balai islam , Lundang Kelantan. Jom hadir beramai-ramai memeriahkan majlis:)
No comments:
Post a Comment