Monday, July 16, 2012

25

Alhamdulillah usia sudah menginjak ke angka 25. Alhamdulillah sudah menamatkan pengajian di UIA dan kini sedang menunggu tempat posting dan menguruskan borang-borang yang perlu lengkapkan, medical check up dan sebagainya. Memang sangat berharap dapat bekerja di bumi serambi Mekah sahaja.

4 tahun di kulliyyah farmasi, pastilah banyak kenangan yang tidak akan dilupakan. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana lulus kesemua subjek  sepanjang 4 tahun  dengan   rahmat Allah SWT yang terlalu luas buat hambaNya yang lemah ini.

Semoga saya masih dapat menjaga hadiah berharga yang Allah kurniakan. Semoga saya istiqamah menjaganya. Semoga ia menjadi  penawar suka dan duka di dunia yang penuh pancaroba.



2 comments: