Thursday, February 5, 2015
Medical life 1
Lama sungguh tak update blog. hurm..rasanya dah setahun lebih bertugas kt HT. Dulu round pun dengan MO yang sebaya je dan sekepala.Sekarang hospital daerah yang x berpakar hendak ditukarkan menjadi hospital kluster.Dulu pakar datang sebulan sekali.sekarang pakar medical datang hari- hari. Pakar2 lain pun datang dengan lebih kerap untuk memberikan rawatan terbaik kepada pesakit. Diagnosis pun berubah2 dan lebih detail.Pasca banjir banyak penyakit seperti leptospirosis, typhoid, denggi, kolera, hep A dan penyakit bawaan air yg lain muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan . Apabila round ward dengan pakar ,perasaan takut menyelubungi diri. Harap dapat jumpa pakar yang baik2.Banyak kena study balik. Biasa di HT kebanyakan ubat yang digunakan untuk jangkitan kuman kebiasaannya iv benzylpenicillin , ampicillin. Yang broad2 x guna sangat , guna bila ada keperluan dan apabila pakar telah dirujuk. Untuk leptospirosis atau kencing tikus. Ubat yg biasa diberikan ialah benzylpenicillin 2.4 MU QID untuk moderate, ceftriaxone 2g od untuk severe dan doxycycline 100 mg bd utk 1\52 utk mild case. Pregnant women xleh kasi tau doxycyline bagi azithromycin. Rasanya paeds kasi amoxy (x familiar sangat dose utk paeds). Pastu lepto n denggi ni nak lebih kurang sama je simptomnya. Biasa kedua2 pun boleh ada demam panas, liver , kidney impairment, low platlet. Tp bezanya lepto ni kebiasaannya wbc high atau normal je, tp denggi wbc low n hemtocrit tinggi. Selalunya akan confirm melalui result darah.Klu treat awal insyaAllah peluang sembuh sangat tinggi. Tapi ada juga kes yang treat untuk both dengue with lepto coinfection. to be cont
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment