Sunday, September 25, 2011

Mak dan Ayah Sayang Kamu

Mak  tidak kisah jika tidak berbaju baru
tidak kisah tidak punya beg tangan berjenama
ayah tidak kisah jika tidak punya kereta baru
sangat setia dengan motor dan kereta buruknya
sudah ramai yang berkata-kata tetapi tidak dihiraukannya
asalkan keperluan anak-anak terjaga, mendapat pendidikan sempurna
mereka selalu berkata tiada harta yang dapat diberikan untuk kami kecuali pelajaran dan agama
waktu kini sangat pantas berlalu
mak berkata putaran waktu seakan lama kerana kami tiada di rumah bersamanya
ayah masih lagi memerah keringatnya tanpa menghirau terik mentari dan dinginnya hujan
kesian ayah
kesian mak
kadang-kadang kami buta menilai antara kaca dan permata
sering salah mentafsir dan menduga 
ya  Allah , lindungilah kami menjadi anak derhaka
kurniakanlah kami kesempatan untuk membalas jasa-jasa mereka yang tidak ternilai harganya
Semoga mereka diberikan tempat terbaik di sana, syurga yang kekal selama-lamanya

No comments:

Post a Comment