Repost:
Mengenal huruf dan mula membaca..
• Mak dan ayah
• Arwah Mok de (al-fatihah, baru meninggal dunia beberapa hari lepas, semoga Allah merahmatinya)
Maahad Muhammadi Perempuan 2000-2004
Kelas Tahfiz
• Ustaz Nazaruddin bin Jalaluddin- tasmi' 5 surah dan awal Baqarah(tingkatan 1),guru tasmi' pertama. Sekejap sahaja dapat tasmi' dengan ustaz kerana ustaz sangat sibuk.
• Ustaz Rozeli Yahaya- tasmi' awal Baqarah- juzu' 12 (tingkatan 1-4), ustaz paling muda ketika itu berusia 19 tahun dan kami berusia 13 tahun. Ustaz ini anak murid ustaz Nazaruddin bin jalaluddin. Menamatkan hafalan di Maahad Tahfiz Pulai Chondong dan menyambung pelajaran di KIAS dan seterusnya Mesir. Sudah kembali dan menjadi guru di Negeri Sembilan. Ustaz pertama yang merotan saya kerana malas tasmi'.huhu
• Ustaz Fadhli bin Shaari- tasmi' juzu' 13-14 (2 bulan), sebaya dengan ustaz Rozeli , juga belajar di tempat yang sama. Cita-cita beliau ialah ulama' dan alhamdulillah sekembalinya dari Mesir menjadi pensyarah dan kini menjadi setiausaha akhbar (kalau tidak silap) kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau sentiasa berdamping dengan Tuan Guru Nik Aziz ke mana-mana dan insyaAllah mungkin cita-cita ustaz akan tercapai untuk menjadi ulama'.
• Ustaz Wahab- tingkatan 5 (murajaah), ustaz berasal dari Thailand. Hanya sekejap sahaja dapat murajaah di kelas ini setelah pemergian Ustaz Rozeli dan Ustaz Fadhli ke Mesir.
Darul Quran 2005-2006
• Ustaz Ikmal Zaidi-tasmi' juzu' 1-14 (sem1), Ustaz yang baik dan tegas. Pernah melempar buku iadah disebabkan kami malas iadah..Paling rajin iadah pada semester ini. Selepas itu ustaz berpindah dan baru-baru ini ustaz menjadi mursyid kepada Imam Muda 2 di Astro.
• Ustaz Taufiq Arshad- (juzu' 15-30) (sem2-3)-Ustaz yang banyak melibatkan aktiviti dengan pelajar persijilan tahfiz.
• Ustazah Nik Hazama -guru ganti seketika apabila ustaz taufiq sibuk
• Ustaz Baharuddin-guru ganti seketika apabila ustaz taufiq sibuk
Pusat Asasi UIAM
• Ustaz Ibrahim- Murajaah (satu tahun setengah), pensyarah DQ yang juga mengajar kami tajwid semasa di DQ.Pernah menjadi Mursyid bagi pelajar akademi al-Quran TV9..Sudah lama lost contact dengan ustaz.
UIAM Kuantan
• Ustaz Khalil- Murajaah 1-30 juzu' (tahun 1-3). Ustaz sangat baik. Inilah satu-satunya guru saya tasmi' bermula surah al-Fatihah sehinggalah an-Nas (khatam 30 juzu'). Ustaz merupakan imam masjid negeri Pahang.
Kursus Tahsin Al-Quran 2005 (Selangor):
• Ustaz Sazali
• Ustaz Shafie
• Ustaz Mustafa
• Imam masjid Shah Alam
Kursus Tahsin Al-Quran 2008 (Kelantan)
• Ustaz Abdul Bari Haji Abdullah (tajwid dan fasohah)
• Ustaz Syamsuri (hafaz dan lancar)
• Ustaz Abdul Khair (tarannum)
Kursus Tahsin Al-Quran 2009 (Kelantan)
• Ustaz Abdul Bari Haji Abdullah (tajwid dan fasohah)
• Ustaz Syamsuri (hafaz dan lancar)
• Ustaz Hilmi (tarannum)
Kursus Tahsin al-Quran 2011 (Kelantan)
• Ustaz Abdul Bari Haji Abdullah (tajwid dan fasohah)
• Ustaz Badlishah Johan (hafaz dan lancar)
• Ustaz Khairul Azwar Alias (tarannum)
* melalui kursus-kursus tahsin inilah saya mempunyai kesedaran untuk memperbaiki bacaan al-Quran yang sebelum ini tersangatlah teruk. Daripada tidak mengetahui langsung irama tarannum , dapatlah mengecam sekurang-kurangnya walaupun bukan semua. Di sini juga saya menyedari hafazan saya masih rapuh dan perlu kuat berusaha. Ustaz-ustaz semua sangatlah baik..terima kasih
Terima kasih buat guru-guru .Semoga Allah merahmati kalian
*dicoret agar tidak lupa..
No comments:
Post a Comment