
• Mengulanglah al-Quran sebanyak-banyaknya sewaktu cuti
• Sayangilah al-Quran yang telah dihafal, penat-penat menghafal tetapi jika dibiarkan tanpa usaha untuk menjaganya maka hilanglah al-Quran di dalam dada
• Luangkanlah masamu untuk al-Quran, insyaAllah seribu satu kemudahan Allah kurniakan tanpa kita sedari
• Jika ditunggu masa lapang untuk mengulang al-Quran, maka sukar untuk menjumpai masa lapang itu tetapi perlulah diberi masa special untuk al-Quran walaupun sesibuk manapun kita
• Jika ditunggu waktu yang yang kita selesa untuk mengulang, maka sukar untuk kita menjumpainya. Jadikan tabiat untuk mengulang di mana-mana sahaja
• Lupa al-Quran adalah perkara biasa tetapi yang luar biasa adalah orang yang ingat al-Quran, sungguhpun begitu perlulah ada usaha untuk menjaganya. Lupa al-Quran mungkin disebabkan oleh kerana kemaksiatan & kelalaian yang kita lakukan. Maka untuk back up balik kenalah ada usaha untuk mengulang supaya dapat mengekalkan ingatan al-Quran yang telah dihafal
• Waktu belajar nilah peluang terbaik untuk mengulang dan memantapkan hafazan, hargailah peluang yang ada.
• Banyak berdoa dan pohonlah keampunan daripada Allah SWT supaya kita dapat istiqamah dan diberikan kekuatan untuk menjaga kalamNya
Alhamdulillah berakhir final exam semester ini dan penutup tirai semester ini adalah kelas tahfiz terakhir yang diadakan sejam selepas tamat exam MCQ. Terima kasih al-Ustaz atas pesanan.
No comments:
Post a Comment