Seseorang telah bertanyakan soalan ini kepada saya melalui sms:
"Salam.Orang perempuan haidh boleh mengajar Al-Quran tak? Kalau in term orang perempuan yang hafaz Al-Quran pula macam mana?"
Sebenarnya saya tak tahu nak jawab macam mana soalan ini. Tetapi alhamdulillah, saya mendapat jawapan ini daripada ustaz yang mengajar saya di maahad dahulu iaitu Ustaz Su Azhar. Ni jawapan beliau:
"Mazhab Syafie tidak membenarkan orang haidh mengajar Al-Quran. Ada pandangan lemah dalam mazhab yang kata boleh apabila niat zikir. Adapun mazhab Malik, mereka kata orang haidh boleh membaca dan mengajar Al-Quran.Boleh pilih 2 pandangan tersebut mengikut kesesuaian tempat dan masa"..Wallahua'lam.
saya juga mendapat jawapan daripada Ustaz Abdul Bari:
Mazhab Syafie memang tak boleh kalau orang yang haidh mengajar al-Quran.Tapi untuk orang perempuan yang menghafaz Al-Quran boleh membaca Al-Quran ketika haidh mengikut Qaul/fatwa Azhar kerana ada kepentingan yang lebih besar.wallahua'lam
Sesungguhya orang bertanya saya sesuatu yang tidak saya ketahui bagaimana untuk menjawabnya telah memberikan saya jalan untuk mengetahui sesuatu yang saya sendiri tidak ketahui..alhamdulillah atas ilmu yang baru pada hari ini..
No comments:
Post a Comment